Guilty Pleasure

11:40 PM

aku takut mahu tunjuk aku gembira
kerana aku takut ada yang tidak suka
melihatkan kita gembira dalam masa yang sama kita menyakiti

sakit kan?

bersalah…

tapi takkan selamanya aku tak boleh gembira?
bila mereka gembira… aku lega
sebab pada aku itu satu kebahagiaan yang selama ini aku cita

melihat orang lain gembira…

tapi kenapa kalau mereka tidak gembira
aku dibiarkan terus berduka?

bersalah…

selamanya aku bersalah untuk teruskan hidup
bila perlu fikir bermatian sebelum membuat sesuatu
takut kalau apa yang aku suka itu memberikan duka pada mereka

bersalah…
bersalahnya aku bila selamanya perlu dirangkul pura-pura

tapi takkan selamanya aku perlu pura-pura berduka?
semata tidak mahu mereka tahu aku gembira
sebab takut gembira aku itu yang mendukakan mereka?

0 comments

Subscribe