Hampir akhir 2014

9:22 AM

Sekejap sangat masa berlalu... aku rasakan kali ni betul-betul terlalu pantas. Waktu aku masih berharap akan dapat satu hadiah paling bermakna... sedar tak sedar, dah sampai ke penghujungnya. Dan seharusnya aku bawa impian itu ke tahun hadapan pula.

Aku tahu, orang tua selalu berpesan.

Ingat! Apa saja yang kita paling mahu dalam hidup ini, itu lah perkara yang paling sukar untuk kita capai, dan mungkin juga cuma kita mampu angankan.

Aku redha.

Kalau mahu diceritakan, satu muka satu cerita, jujur tidak juga banyak yang dapat aku ingat semula. Bermula 1 Jan sehingga ke akhiran esok 31 Disember. Apa saja yang manis pasti buat aku tersenyum, dan apa saja yang pahit hanya mampu aku telan. Bukan mahu mengeluh, jauh sekali mahu menyesal dengan segala ketentuan... ini lumrah kehidupan. Mana ada orang bangun-bangun tidur boleh terus disuap nasi? Mana boleh baju yang dipakai siap tergantung siap tanpa perlu diuruskan.

Semuanya perlukan kederat... semuanya perlukan usaha. Nampak sangat 2014 banyak yang gagal bagi aku. Sebab aku kurang usaha (hampit tidak sepertinya). Aku kata redha tapi sebenarnya aku give up.

Manusia!

Apa ni? Kesudahan ini patut satu yang gembira!

Tak sabar nak buka lembaran baru. Insyaallah. tahun depan aku dah 32.. kalau diterbalikkan itu nombor favourite aku (entah kenapa jadi favourite aku pun tak tau). Manalah tau tahun depan rezeki aku... doakan bersama!


0 comments

Subscribe