Olimpik Musim Panas 2016

11:23 PM

Aku tak pasti sama ada kamu orang prihatin atau tidak...

Sukan Olimpik dah berakhir, dan Atlit kita tiada yang berjaya bawa pulang sebarang emas.

Apa pun, kita harus berbangga kerana mereka telah cuba sehabis baik. Namun akan adakah satu saingan sengit dari atlit kita empat tahun yang akan datang?

Aku ingat lagi malam tu, setengah jam selepas Lee Chong Wei mulakan perlawanan, kami bergegas dari Subang menunggu ke Tabung Haji Kelana Jaya. Rombongan kami mengiringi pemergian pak cik aku untuk menunaikan Haji. Sesampai di sana, kami sambung menonton perlawanan secara streaming...

Semakin lama, kami semakin resah, semakin lama kami semakin redha, semakin lama kami seperti tidak pedulik...

Bukan kami sahaja, ramai juga yang lain berperilaku sama, tajam merenung ke skrin mobile masing-masing. Dan nampak wajah semua mereka itu berkerut-kerut mengesat peluh.

Sampai ke saat terakhir, aku buat pengumuman awal...

"Tak ada harapan kita ni..."

Dan nyata sekali itulah pengakhirannya. Bukan rezeki kita lagi kali ini.

Tutup mobile... mata berkaca.

Tahniah untuk atlit negara kita... walaupun tiada emas, tapi perjuangan anda semua amat bermakna!

0 comments

Subscribe