Ddysmenorrhea Itu Bahaya
11:46 PMAku setuju untuk katakan bidang kesihatan ini dianggap penting dan gah di kalangan manusia.
Sebagaimana pentingnya kita mengharapkan khidmat pakar doktor untuk menyembuhkan penyakit dan menharapkan layanan mesra daripada kakitangan hospital dan klinik dalam saat kita sedang berlawan dengan penyakit.
Demam, sakit jantung, sakit kaki, pening kepala, sakit gigi, contractions... macam-macam lagilah.
Kenapa orang selalu mempersoalkan adakah semua pakar doktor dalam negara kita ni ikhlas dalam menjalankan tugas atau semata mahu mengaut keuntungan?
Kenapa orang selalu prejudice dan provoke doktor-doktor ini apabila sakitnya tidak dapat diubati melalui konsep perubatan moden? Maka mereka beralih ke perubatan tradisional yang lebih murah, mudah dan... pelik??? (segelintir). Dan kenapa doktor sekarang cepat melatah dan mengeluh dengan macam-macam perangai pelik pesakit yang kadang-kadang tidak boleh diterima akal, lebih-lebih lagi dalam era media sosial yang dah macam gampang ni?
Dan kenapa banyak artikel dan buku tentang bidang perubatan yang kita selalu Google di Internet tak banyak kita jumpa hasil kajian daripada pakar dalam negara. Sama ada ianya tidak di publish kan di Internet atau kita memang terlepas pandang? Yet aku tak salahkan mereka, sebab biasanya doktor ni memang sibuk dan takda masa dengan Internet (kecuali Facebook dan Instagram).
Well, aku sendiri masih mencari jawapan. Dan sukar untuk aku debatkan... kerana perihal ni akan bermain dengan emosi dan perihal attitude sesama manusia. Doktor pun manusia kot!
Tapi secara peribadi, aku sudah cuba macam-macam cara perubatan, baik moden atau tradisional. Macam-macam tips kesihatan juga sudah dicuba... Tapi masalah berkait kesihatan yang aku alami dan sehingga kini masih lagi belum jumpa penawar adalah tentang penyakit dysmenorrhea, atau kita kata "Senggugut".
Korang tau tak? Luar negara dah support golongan wanita yang menghidap penyakit ini wajar diberikan MC sebanyak dua hari. Dan di Malaysia, bila kita ke klinik dan katakan kita tak larat bekerja dan perlukan MC untuk berehat kerana sakit ini doktor akan kata...
"You datang klinik boleh, takkan pergi kerja tak boleh?"
So aku tak tau nak kata apa, melainkan aku harap satu hari doktor tu akan merasa bagaimana sakitnya penyakit ini, dan kalau dia adalah doktor lelaki, aku harap dia akan merasa melayan karenah isteri atau anak dia yang diserang penyakit ini.
Tak, aku tak main sumpah. Aku cuma nak mereka faham penyakit ini sebenarnya dan sama berisiko dengan sakit jantung!
And yes... it is not a joke!
0 comments