Seoarang Anak Tiada Harta

1:24 AM

Agaknya apalah yang sedang bermain di dalam kotak fikirannya sekarang ini? Apa dia nyenyak menyelami mimpi atau dia gelisah kerana masih tiada perkhabaran daripada aku?

Lama aku berfikir apa aku harus lakukan untuk buktikan aku masih seorang anak yang tidak berharta... aku tiada nikmat dunia yang dapat membuatkan hatinya lega dan tidak perlu risau dengan penghidupan aku. Lama aku berkira-kira apa aku harus lakukan untuk buktikan aku cuma seorang anak biasa yang tidak akan lepas daripada sebarang silap dan salah. Aku innocent... 

Kakak aku pernah kata... "jangan nak buat drama sangatlah"

Mungkin betul, ini semua mainan perasaan antara seorang anak dan ibunda. Kita semua cuma hebat mempertahankan ego.

Mungkin juga ini tahun terakhir aku untuk berusaha?

Atau aku lebih suka terusan menagih kasih dan tenat menanggung rindu?

* malam sepi... tidak indah tanpa ditemani bintang berkelip, dan tiap kali terdengar suara tangisan bayi dari rumah kejirananku, Seaku tersentak... apakah aku akan dapat merasakan kasih seorang anak padahal aku sendiri masih gagal mengasihi orang tua ku sendiri?

0 comments

Subscribe