Berharap

11:43 PM

Antara ruang masa aku duduk bersila menunggu azan Maghrib, aku sentiasa berdoa...
berdoa agar segala yang aku usahakan mendapat keredhaan dan segala hutang sesama manusia dapat dilangsaikan.

Pernah aku terfikir, adalah lebih baik kalau dalam hidup ini kita tidak perlu memilih. Kita ikut saja apa yang orang katakan... kita menurut saja. Dengan syarat, apa saja reaksi dan tindakan kita tidak akan dipertikaikan.

Namun, sebenarnya ia tidaklah semudah itu. Bukan mudah untuk kita menurut... malah ia akan ubah kita untuk jadi seorang pengungkit. Hati kita mula keras, dan apa yang kita buat terus jadi tidak ikhlas.

Dan jika kita diberi peluang untuk memilih. Adakah setiap keputusan yang kita ambil itu adalah pilihan yang terbaik? Atau sekadar mahu memenangi hati dan perasaan orang lain? Kita tidak menurut, tapi kita terpaksa memilih... Macam kita bila kita teringin makan Tomyam, tapi dalam masa yang sama orang lain mahu makan kari kepala ikan. Untuk tidak membuatkan orang lain rasa terbeban, kita pilih untuk makan kari kepala ikan kerana lebih majoriti mahu makan kari kepala ikan. Dan kita kata pada diri sendiri "Takpe, lepas ni aku boleh makan tomyam bila-bila masa jek". Dan kita makan kari kepala ikan dalam keadaan memendam perasaan...

Ada masa aku takut. Takut untuk bertanya tentang sesuatu apabila ia memerlukan kata putus dari seseorang. Jika tidak tanya, aku akan rasa bersalah. Jika bertanya, aku tahu aku dapat baca jawapannya. Susah... apatah lagi bila ia berkaitan dengan sesuatu yang kita namakan "berharap".

Berharap untuk seseorang yang selalu kita harapakan sentiasa ada bila kita betul-betul harapkan...
... adalah seperti satu perjudian.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

0 comments

Subscribe