See you later

2:49 PM

Hampir terlupa wujudnya ruangan ni dalam sebahagian hidup aku. Lama sudah aku tinggalkan. Semenjak aku rasa aku terlalu selfish untuk menulis tentang diri sendiri.

Dan jadi kelakar bila aku rasa aku teringin nak menulis semula kerana aku rasa it is not impossible sekiranya akan ada seseorang yang concern tentang diri aku dan rindukan penulisan aku. Hah! So  funneh bila rasa seperti memuji diri sendiri dan perasan.

2019 bakal menjelma, aku masih seperti dulu... masih berdua bersama suami yang sentiasa mendampingi waktu bangun dan jatuh aku. People started asking awkwardly, kenapa kami masih berdua...?

Tidak mahu memanjangkan perihal itu...

Well, untuk tahun baru yang akan datang, aku berharap sel-sel otak aku dapat berhubung baik untuk menulis sesuatu yang lebih bermakna untuk dikongsi bersama. Dan tidak lah ruangan ini terlalu kosong sehingga kotak hati terlalu terbeban memendam isi hati yang tidak dapat diluahkan.

For the time being... Carpe diem...

0 comments

Subscribe