Tahun Masihi 2019

9:30 AM

Ada banyak "harapan" yang tertanam dalam lubuk hati saya. Sehingga sekarang saya tidak pasti mana satu yang perlu saya beri keutamaan. Semuanya nampak seperti lebih kepada kehendak berbanding keperluan. 

Tapi sedar tidak sedar sekarang sudah mula tahun 2019. Hari kedua yang seperti hari semalam baru sahaja saya terkenang semua memori lama. Semua bahagia yang saya peluk kemas dalam jiwa saya dan segala duka yang saya simpan dalam tertanam dalam perbendaharaan hati saya paling dalam. Tidak sangka, sebegitu cepat masa berlalu sehingga telah banyak masa yang saya bazirkan dengan air mata. 

Enough of the cliche....

Saya berharap untuk hari-hari yang mendatang, lebih banyak doa bermohon agar dihapuskan segala dosa dan dihujani bahagia untuk mereka-mereka yang saya kasihi dapat saya himpunkan berbanding memohon segala kebahagian dunia semata. 

Oh mungkin satu lagi... saya berharap dipermudahkan saya untuk melangsaikan segala hutang dunia sebelum ia menjadi beban durjana apabila saya mati nanti. Gila saya rasa... makin tua, rasanya bahu makin berat menanggung hutang.

Dan saya harap tuhan tetap mendengar rintihan hati saya. 

0 comments

Subscribe