GUILTY

3:07 PM

Aku dicabar oleh teman untuk menulis satu confession... satu rahsia yang aku tak pernah cerita langsung pada sesiapa.

Aku jawab, "kata pun rahsia, kalau mengaku bukan rahsia lah"

Dia sambung, "Kau pernah rasa bersalah dalam hidup? Guilty yang kau rasa kau tak tau macam mana nak minta maaf?"

*Aku diam*

Dia sambung, "Dengan cara kau mengaku, sekurang-kurangnya kau meminta maaf indrectly..."

Dia suruh aku tulis, dan tinggalkan nota itu di mana-mana saja, masuk botol campak laut, atau just email to random people.

"Giler, dan macam spamming pulak!"

"Kau tak payahlah buat notes suruh orang tu provide biography apatah lagi sebarkan ke 50 orang lain der!", dia sambung.

*Aku diam*

 So here i am writing...



Kakak aku pernah kata, dalam adik-beradik, aku adalah seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Perasaan ingin tahu itu adalah merujuk kepada aku suke menyelongkar... i'm good in hacking password and quite a good google-r.

archived messages,
deleted items
images
emails

name it...

Aku dah pernah cuba semua. Trust me, tak semua yang aku buat itu memberikan kebahagiaan pada aku. Mungkin ianya juga karma, you did something bad, you get what you deserved. Dan apa yang aku cari itu memberikan kesan mendalam pada aku. Hakikat yang menyakitkan mungkin. Sesuatu yang sebelum ini kau tidak pernah tahu, dan bila kau tahu ia adalah sesuatu yang kau rasakan, BAIK KAU TAK PAYAH TAHU. Ha macam tulah lebih kurang perasaanya.

Dan apa yang jadi selepas itu lebih memedihkan. Sebab aku kena pretend seperti tidak tahu apa-apa, walhal aku berperang dengan perasaan. YEUP! Itu rupanya perasaan guilty yang kawan aku katakan tadi. Guilty sebab aku kena sembunyikan apa yang aku tahu. Guilty sebab perlu berdepan dengan seseorang yang kau dah tahu sebenarnya rahsia dia...

Dalam perbualan dengan teman aku tadi juga dia confess...

"Kau tau tak? apa yang aku rasa guilty sampai sekarang?"dia senyum dan teguk air.

 "Apa?", aku kerut dahit.


"guilty yang paling aku tak boleh hilangkan adalah... bila aku dapat tahu yang sebenarnya aku dah memaksa seorang untuk cintakan aku padahal dia langsung tiada perasaan yang sama.."

"Siapa? Dulu ke?" aku tunjuk rasa ingin tahu.
"Seseorang... yang aku masih sayang sampai sekarang", dan dia senyum sambil matanya merenung ke awan biru.

*Aku diam*

Macam... sa.... hurmmm aku sambung teguk air, dan kami sama-sama merenung ke awan biru.

0 comments

Subscribe